Skip to main content

Posts

Bagaimana nak mula melabur wang tunai dalam Unit Trust?

Post saya kali ini khas untuk salah seorang klien saya yang sekarang beliau sedang menyambung pelajaran, PhD di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Anda yang tersinggah di blog saya ini juga boleh membaca post saya ini, silakan. Klien saya ini adalah seorang yang baru hendak melabur baru dalam Unit Amanah ( Unit Trust ) di bawah pengurusan Public Mutual. Apa yang perlu saya sebagai Perunding Unit Amanah lakukan untuk membantunya adalah seperti berikut: Memberikan penerangan tentang risiko-risiko atau kekurangan dalam pelaburan Unit Trust khususnya yang di bawah pengurusan Public Mutual dan juga kelebihan-kelebihannya. Memberikan penerangan mengenai caj jualan yang akan dikenakan iaitu sebanyak 5.5% dari nilai pelaburan.  Menyediakan segala borang yang perlu beliau isi untuk dilengkapkan. Memberikan penerangan tentang perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan pelaburan beliau. Menunjukkan prospektus dana yang ada dalam Public Mutual. Apa yang klien saya itu perlu laku...
Recent posts

Hidup saya, Nadiah Aqilah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama penuh saya ialah Nadiah Aqilah binti Askury. Tahun ini (2017) saya berumur 29 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Saya membesar berpindah-randah atau mengikut istilah prasejarah, kehidupan kami diibaratkan seperti kehidupan 'nomad' kerana tuntutan kerja bapa kami sebagai Pegawai Kajibumi pada ketika itu. Saya membesar di Ipoh dari lahir hingga 1996, kemudiannya berhijrah ke Leeds, UK hingga tahun 1997, setelah pulang ke Malaysia, menetap sekejap di Ipoh hingga tahun 1998 untuk berpindah pula ke Kuala Terengganu. Kami menetap di sana sehingga hujung tahun 2001, kemudiannya berpindah pula ke Kuching, Sarawak, sehingga awal tahun 2004 untuk menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor hingga tahun 2007. Pada tahun 2007 sehingga sekaranglah, bagai sirih pulang ke gagang, keluarga saya menetap kembali di Ipoh, Perak.  Rentetan pendidikan awal saya hingga mencapai Ijazah Sarjana Muda (Geologi) adalah seperti berikut: ...