Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Hidup saya, Nadiah Aqilah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama penuh saya ialah Nadiah Aqilah binti Askury. Tahun ini (2017) saya berumur 29 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Saya membesar berpindah-randah atau mengikut istilah prasejarah, kehidupan kami diibaratkan seperti kehidupan 'nomad' kerana tuntutan kerja bapa kami sebagai Pegawai Kajibumi pada ketika itu. Saya membesar di Ipoh dari lahir hingga 1996, kemudiannya berhijrah ke Leeds, UK hingga tahun 1997, setelah pulang ke Malaysia, menetap sekejap di Ipoh hingga tahun 1998 untuk berpindah pula ke Kuala Terengganu. Kami menetap di sana sehingga hujung tahun 2001, kemudiannya berpindah pula ke Kuching, Sarawak, sehingga awal tahun 2004 untuk menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor hingga tahun 2007. Pada tahun 2007 sehingga sekaranglah, bagai sirih pulang ke gagang, keluarga saya menetap kembali di Ipoh, Perak.  Rentetan pendidikan awal saya hingga mencapai Ijazah Sarjana Muda (Geologi) adalah seperti berikut: ...