Post saya kali ini khas untuk salah seorang klien saya yang sekarang beliau sedang menyambung pelajaran, PhD di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Anda yang tersinggah di blog saya ini juga boleh membaca post saya ini, silakan. Klien saya ini adalah seorang yang baru hendak melabur baru dalam Unit Amanah ( Unit Trust ) di bawah pengurusan Public Mutual. Apa yang perlu saya sebagai Perunding Unit Amanah lakukan untuk membantunya adalah seperti berikut: Memberikan penerangan tentang risiko-risiko atau kekurangan dalam pelaburan Unit Trust khususnya yang di bawah pengurusan Public Mutual dan juga kelebihan-kelebihannya. Memberikan penerangan mengenai caj jualan yang akan dikenakan iaitu sebanyak 5.5% dari nilai pelaburan. Menyediakan segala borang yang perlu beliau isi untuk dilengkapkan. Memberikan penerangan tentang perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan pelaburan beliau. Menunjukkan prospektus dana yang ada dalam Public Mutual. Apa yang klien saya itu perlu laku...
Unit Trust and so much more.