Post saya kali ini khas untuk salah seorang klien saya yang sekarang beliau sedang menyambung pelajaran, PhD di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Anda yang tersinggah di blog saya ini juga boleh membaca post saya ini, silakan.
Klien saya ini adalah seorang yang baru hendak melabur baru dalam Unit Amanah (Unit Trust) di bawah pengurusan Public Mutual. Apa yang perlu saya sebagai Perunding Unit Amanah lakukan untuk membantunya adalah seperti berikut:
Akhir kata, menabung dan melaburlah dengan bijak.
Wassalam.
Klien saya ini adalah seorang yang baru hendak melabur baru dalam Unit Amanah (Unit Trust) di bawah pengurusan Public Mutual. Apa yang perlu saya sebagai Perunding Unit Amanah lakukan untuk membantunya adalah seperti berikut:
- Memberikan penerangan tentang risiko-risiko atau kekurangan dalam pelaburan Unit Trust khususnya yang di bawah pengurusan Public Mutual dan juga kelebihan-kelebihannya.
- Memberikan penerangan mengenai caj jualan yang akan dikenakan iaitu sebanyak 5.5% dari nilai pelaburan.
- Menyediakan segala borang yang perlu beliau isi untuk dilengkapkan.
- Memberikan penerangan tentang perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan pelaburan beliau.
- Menunjukkan prospektus dana yang ada dalam Public Mutual.
Apa yang klien saya itu perlu lakukan adalah seperti turutan berikut:
- Membuat keputusan berapa amaun yang ingin dilaburkan
- Mengisi borang New Investor Form
- Mengisi borang Suitability Assessment Form
- Mengisi borang Investment Application Form
- Membuat bank draft / mengeluarkan cheque sejumlah amaun yang ingin dilaburkan dan diserahkan kepada saya sebagai Perunding Unit Amanahnya.
Penting bagi saya untuk mengetahui amaun wang yang ingin dilaburkan supaya saya boleh membuat pengagihan wang anda di dalam dana tertentu, samada dana equity, mixed asset, balanced, sukuk, fixed income atau money market. Satu cheque adalah untuk satu dana/fund. Dana-dana juga terbahagi kepada dana tempatan (local) atau dana luar negara / rantau lain (regional). Rasanya tidak perlulah saya ulas panjang lebar berkenaan ini, kerana semuanya bergantung kepada tahap kesesuaian dan penerimaan risiko pelabur itu sendiri.
Apa yang penting sekarang, kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat sebagai Perunding Unit Amanah anda yang akan sentiasa mengemaskini anda punya portfolio pelaburan jangkamasa sederhana ke panjang itu.
Wassalam.
![]() |
| Borang-borang yang perlu diisi oleh pelabur dan Perunding Unit Amanah |

Comments
Post a Comment