Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama penuh saya ialah Nadiah Aqilah binti Askury. Tahun ini (2017) saya berumur 29 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Saya membesar berpindah-randah atau mengikut istilah prasejarah, kehidupan kami diibaratkan seperti kehidupan 'nomad' kerana tuntutan kerja bapa kami sebagai Pegawai Kajibumi pada ketika itu. Saya membesar di Ipoh dari lahir hingga 1996, kemudiannya berhijrah ke Leeds, UK hingga tahun 1997, setelah pulang ke Malaysia, menetap sekejap di Ipoh hingga tahun 1998 untuk berpindah pula ke Kuala Terengganu. Kami menetap di sana sehingga hujung tahun 2001, kemudiannya berpindah pula ke Kuching, Sarawak, sehingga awal tahun 2004 untuk menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor hingga tahun 2007. Pada tahun 2007 sehingga sekaranglah, bagai sirih pulang ke gagang, keluarga saya menetap kembali di Ipoh, Perak.
Rentetan pendidikan awal saya hingga mencapai Ijazah Sarjana Muda (Geologi) adalah seperti berikut:
1. Tadika Kemas Taman Anda, Ipoh
2. SK Ho Seng Ong Methodist (sesi pagi) & Sekolah Agama Rakyat Tasek (sesi petang), Ipoh
3. Harehills Primary School, Leeds, UK
4. SK Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu
5. SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
6. MRSM YT-Dungun, Terengganu
7. MRSM Kuching, Sarawak
8. SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Selangor
9. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Negeri Sembilan
10. Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Setelah menamatkan pengajian selama 3 tahun dalam bidang Geologi di UMS, saya pulang ke Ipoh dan bekerja dari awal tahun 2011 hingga pertengahan tahun 2015 sebagai seorang Eksekutif Alam Sekitar di sebuah syarikat perunding kejuruteraan alam sekitar dan perlombongan, SBA Consultants, sebelum menamatkan karier untuk berhijrah ke Putrajaya selepas berkahwin.
Saya adalah anak kedua dari tujuh orang adik-beradik yang terdiri daripada seorang abang, empat adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ibu bapa saya kedua-duanya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Kini, saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan kami bertiga keluarga kecil menetap di Putrajaya.
Saya menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant) di bawah Public Mutual pada hujung tahun 2016 selepas lulus dalam 'Computerised Unit Trust Exam (CUTE)' dari Federation of Investment Managers Malaysia. Jutaan terima kasih kepada Sifu saya, Encik Elias Abllah atas segala tunjuk ajar yang diberikan dan kepada suami atas kerjasama dan sokongan yang tak putus-putus, juga kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan semangat. Alhamdulillah.
Tugas dan cita-cita saya kini adalah untuk menjaga pelaburan unit amanah klien-klien saya kini dan yang akan datang dengan sebaik mungkin hingga mereka mencapai kebebasan kewangan yang pastinya diimpikan oleh kita semua. Buat existing client saya, jutaan terima kasih juga diucapkan kerana memberi peluang dan trust juga kepada saya untuk menguruskan pelaburan unit trust anda.
Akhir kata, semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan, diperkuatkan, dan diredhai oleh Yang Maha Esa.
"Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success."
- Henry Ford
Comments
Post a Comment